PROGRAM KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER

Tahniah kepada semua yang telah menjayakanProgram Khidmat Bantu Makmal Komputer Sekolah Daerah Marang yang telah diadakan pada 7-9 Julai 2013. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBhg.Encik Che Rozaid bin Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Marang (VOTEK) yang telah diadakan pada 9 Julai 2013 di SK Gong Nangka. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Gong Nangka, SK Bukit Gasing, SK Bukit Jejulong, SK Pengkalan Berangan, SK Wakaf Tapai, SK Bukit Payong dan SK Pulau Kerengga. Fasilitator yang terlibat adalah dalam kalangan PTP PKG, Juruteknik Komputer PKG, Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT dan Juruteknik Komputer Sekolah. Sekalung tahniah juga kepada PKG Marang dan Bukit Payong yang banyak membantu dalam menjayakan program yang julung kali diadakan.