Kursus Pemantapan Teknikal Dan Kemahiran Pengkomputeran Untuk Juruteknik Komputer (FT17) PKG Terengganu telah diadakan dari 8 hingga 10 April 2012 di BTPN Terengganu. Seramai 21 Juruteknik Komputer PKG telah hadir dalam kursus ini. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang pentingnya tugas-tugas pengurusan aset ict di BTPN, PKG dan sekolah-sekolah ahli dalam aplikasi web server, STS dan penarafan SSQS. Disamping itu ia juga dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran dalam menyelenggara kemudahan dan perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah berkaitan teknikal. Fasilitator kursus ini adalah terdiri daripada staf UPICT dan PKG Durian Burong.