Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Zon Timur 2012


Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Zon Timur 2012 telah diadakan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Bentong,Pahang pada 11 hingga 14 Jun 2012. Kursus yang disertai oleh hampir kesemua PTP Pusat Kegiatan Guru Zon Timur itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya transformasi dalam organisasi dalam kalangan pegawai PKG Terengganu dan memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada peserta dalam pengurusan dan menghadapi cabaran pelanggan. Semasa kursus ini diadakan, beberapa siri ceramah juga diadakan seperti ceramah Laluan Kerjaya oleh Puan Lok Yim Pheng dari NUTP, ceramah Kerohanian oleh Ustaz Mohd Saiful Azizi Shukri bin Mohd Kassim dari IAB dan ceramah Pengurusan Stress oleh YM Syed Putra Syed Ali dari IAB. Sesi lawatan Penanda Aras ke tiga buah sekolah di daerah Bentong iaitu SMK Sulaiman, SMK Ketari dan SK Tuanku Fatimah turut diadakan semasa sesi kursus ini. Aktiviti seperti jungle tracking dan treasure hunt turut diadakan oleh pihak penganjur