Seramai 22 orang PTP PKG Terengganu telah mengikuti Kursus Pengendalian Khidmat Bantu PSS di PKG bertempat di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu pada 15 hingga 17 Julai 2012. Antara kandungan kursus sepanjang tarikh tersebut adalah Pengenalan PSS Abad ke 21 yang telah disampaikan oleh Encik Ruzlan b. Abd. Ghani, PTP 1 PKG Tengkawang. Slot yang kedua pula adalah Pengenalan Serta Teknikal ( Troubleshooting ) Aplikasi Sistem IQ-PSS dan i-NILAM yang dikendalikan oleh pembangun sistem ini sendiri iaitu Encik Mohamad Rosni b. Ahmad dan Puan Siti Sarinah bt. Sibun daripada Syarikat BIOS One Sdn. Bhd. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi b. Wan Hassan , Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media yang mewakili Tuan KPP BTPN Terengganu.