Mesyuarat Pelaporan
Pencapaian SKT Setengah Tahun 2012 BTPN Terengganu dan PKG Terengganu telah
diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2012 di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua pegawai BTPN Terengganu dan PKG
Terengganu. Mesyuarat ini penting bagi memberi pandangan dan komen penjurusan
aktiviti yang telah dilaksanakan dalam setengah tahun pertama bagi tujuan
penambahbaikan dalam menterjemahkan Sasaran Kerja Tahunan 2012 dalam
merancang,
melaksana, memantau, menilai, mengurus dan melapor
pelaksanaan dasar teknologi pendidikan dalam memastikan
keberkesanan pelaksanaan pembestarian sekolah di peringkat negeri.
Mesyuarat ini akan memberi peluang
kepada pihak BTPN dan PKG Terengganu untuk menyemak semula pelaksanaan
projek-projek pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat negeri bagi
memastikan ianya bertepatan dengan matlamat projek.