Pada
10 Julai 2012, seramai sembilan orang pegawai dan kakitangan BTPN dan PKG
Terengganu telah menghadiri Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011 Peringkat Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menerima sijil anugerah
tersebut. Majlis ini telah diadakan di PNB Ilham Resort, Teluk Kemang, Negeri
Sembilan. Penerima anugerah ini terdiri daripada Penolong Pengarah BTPN, Pegawai
BTPN dan PKG Terengganu serta staf sokongan BTPN dan PKG Terengganu.
Penyampaian
sijil APC ini telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Rosnani binti Mohamed Ali,
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, disaksikan oleh Timbalan Pengarah dan
Ketua-Ketua Sektor, Ketua-Ketua Penolong Pengarah BTPN seluruh negara serta
Ketua-Ketua Unit di BTP, KPM. Selain itu juga, para penerima
anugerah dari BTPN seluruh negara telah mengikuti Seminar Kecemerlangan
Perkhidmatan BTP-BTPN 2012 yang dilaksanakan dari 8 hingga 11 Julai 2012 di
tempat yang sama.