Pada 5 Julai 2012 telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang Tokoh
NILAM Negeri Terengganu sempena dengan Karnival Buku Terengganu 2012 di Pusat
Dagangan Dunia (TTC) Negeri Terengganu. Anugerah ini disampaikan oleh Timbalan
Pengarah Pelajaran Terengganu. Pemenang Tokoh NILAM Sekolah Rendah ialah Nur
Syazwina Mohd Sukri daripada SK Tapah, Hulu Terengganu dan Tokoh NILAM Sekolah
Menengah pula Anis Raihan Asmadi daripada SMK(A) Sheikh Abdul Malek, Kuala
Terengganu. Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPN Terengganu telah
mengurusetiakan majlis penyampaian anugerah ini. Syabas dan tahniah kepada
penerima anugerah.