BAKEP BTPN Terengganu telah menganjurkan Pertandingan Futsal untuk pegawai dan staf sokongan BTPN dan PKG Terengganu. Pertandingan ini telah diadakan pada 17 Disember 2012 di Gelangang Futsal Chendering, Kuala Terengganu. Hampir kesemua pegawai BTPN dan PKG Terengganu telah menyertai pertandingan ini. Semoga dengan pertandingan ini dapat mengeratkan silaturahim di antara semua Warga BTPN dan PKG Terengganu.