MESYUARAT JAWATANKUASA BIL.1/2012 SMA MAHMUDIAH

Pada 23 Februari 2012 telah berlangsung Mesyuarat JKPA Bil. 1/2012 di SMA Mahmudiah Kuala Berang. Mesyuarat JKPA ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Alias bin Talib Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan bagi pihak PPD di wakili oleh Encik Mohammad Hassan bin Md Rahim. Semua pengetua dan guru besar di bawah pentadbiran PKG Daerah Hulu Terengganu telah terlibat dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. Selepas ucaptama dan perasmian dilakukan, Mesyuarat JKPA dilaksanakan di bilik yang ditetapkan. Mesyuarat JKPA Bil.1/2012 PKG Tengkawang telah berlangsung di Pusat Sumber SMA Mahmudiah dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Kassim bin Abdullah Pengetua SMK Kuala Jenderis. Mesyuarat telah berakhir jam 1.30 petang.