HUTEC rangsang pelajar seimbang akademik, kokurikulum
HULU TERENGGANU - Pejabat Pelajaran Daerah mewujudkan Program Hulu Terengganu Cemerlang (HUTEC) 2012, yang diterapkan kepada pelajar seluruh kawasan di daerah itu termasuk di dewan Undangan Negeri (Dun) Manir.
Pegawai Pelajaran daerah, Shafruddin Ali Husin berkata, melalui HUTEC, pihaknya menyasarkan pelajar bukan sahaja mampu menunjukkan kehebatan dalam akademik semata-mata tetapi, turut memberi keutamaan kepada kecemerlangan kokurikulum.
"Kami mahu menyasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk cemerlang dalam pelbagai aspek, namun perlu seimbang supaya pelajar dapat 'mengejar' kedua-duanya dalam kehidupan mereka dan bukan akademik sahaja.
"Zaman sekarang sudah ramai yang berjaya dalam akademik, tetapi sejauh mana kelebihan mereka jika dibandingkan dengan pelajar yang turut cemerlang dari segi sahsiah, kokurikulum dan sebagainya," katanya.
Menurutnya, pelajar yang mempunyai kelebihan tertentu pasti diberi keutamaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sekiranya dibandingkan dengan pelajar cemerlang akademik sahaja.
"Diharap HUTEC ini bukan sahaja mampu memberi rangsangan kepada pelajar malah meningkatkan semangat guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelanjaran sempurna.
"Jika semua pihak bekerjasama mencapai HUTEC, tidak mustahil apa yang disasarkan menjadi nyata," katanya.